Monday, October 18, 2010

.Kembali :)


salam Ukwah,salam 1 Malaysia,

saya kembali menulis lagi.
sepurnama atau lebih kita tidak bersua?
hari ini,dan malam ini.
perasaan rasa ingin menulis kembali.
mengapa?
tiada apa yang istimewa,
menggerakkan jari jemari sahaja,
lantas ke laman sesawang ini.
banyak cerita yang ingin di kongsikan.
keluarga,kehidupan,teman,
cinta.

kita mulakan dengan saya sendiri.
masih menunggu detik menghadapi
peperiksaan yang akan menjelang kelak.
barangkali,
belum sedia sepenuhnya.
hehe.ya,saya seorang pemalas.sangatlah pemalas.
teman-teman mungkin mengakuinya juga.
dan
kisah cinta,tidak berjalan seperti biasanya.
macam-macam telah menimpa.
cuba mencari masa sendiri
memperbetulkan diri dalam bercinta.
cewahhh.haha.
oh ya,baru-baru ini ada sahaja
tohmahan-tohmahan yang tidak sedap didengar
pada kaca mata saya.
dan saya terkilan,
mungkin itu resam hidup di dunia.
mana ada orang yang semuanya di sukai.
paling tidak,ada segelitir yang membenci.
biarlah,makin di kesah,serabut kepala dibuatnya.

keluarga pula,seperti biasa.
Aidilfitri,seindah biasa.
senantiasa meriah dan tiada istilalah berduka,
bagi mereka,raya hanya sebentar.
saya cukup tidak suka istilah itu.
hari raya hari kemenangan bagi mereka
yang benar-benar merasakan nikmat berpuasa
di bulan Ramadhan.

teman,
oh macam-macam karenah teman.
ada begitu,ada begini,
tetapi saya sangat menghormati mereka.
anda mungkin tertanya,
apa ceritanya ya?
barangkali,tidak muat untuk di ceritakan disini.
cuma biarlah mereka
lebih matang dalam menilai sesuatu perkara.
saya sentiasa ada untuk diri mereka dan mereka di luar sana.
bagi saya nilai teman tidak ternilai.
mereka adalah seperti keluarga kita juga.
teguhkan diri,
perkasakan iman,
menempuhi hari ini dan esok.
hehe.

penutupannya,sesawang kali ini
saya sudah lebih terbuka untuk bercerita.
pada saya begitulah.
tidak tahu pada pandangan anda pula bagaimana,
hehehe
tidak mengapa.
sedikit sebanyak saya akan cuba
menjadi lebih rajin dari biasa
untuk menulis apa-apa
perkembangan.
semoga ketemu lagi yaa!



1 comment: