Thursday, May 27, 2010

.pandangan usang.


apa yang kau fikirkan?
adakah sama seperti yang ku fikirkan?
kau boleh ketawa,
kau boleh suka,
tapi ingat!
kau juga akan sama seperti dia.

bermulanya pada petang itu,
aku menjamu selera bersama yang lain.
di celah celah kebisingan warung,
terpandang pada penjuru jalan,
wanita yang hampir setengah abad usianya.
menghulur kesana kemari bekas
kepada yang lalu di hadapannya.
meminta wang untuk di buat belanja.
baju yang meliputi badannya tidak lah
secantik rupa, hanya compang-camping
untuk menutup urat2 tua.
hati ku bertanya,
dimanakah zuriatnya!
dimanakah warisnya!

hendak sahaja ku pergi kepada nya lalu
katakan
"nenek mahu ikut saya pulang?".
tapi apakan daya aku masih mempunyai
keluarga dan masih meneruskan cita2.
kepada siapakah dia hendak menagih simpati?
cukup kah makanannya?
dimanakah dia akan bermalam pada malam ini?

pada anaknya ku coretkan ini untuk mu,
dengarlah rintihan ibu mu ini.

anakku,
orang bilang kasihmu sepanjang masa
tapi mengapa yang kurasa
hanyalah sepanjang angan?
aku menjerit,
kau tidak pernah mendengar.
aku menangis,
kau tidak kunjung menghibur.
duniaku kejam,
aku bicara mereka mencibir
aku diam pun mereka menghina.
Ya Allahku,
inilah jalan hidupku,
kusedar makin dekat hari penghakiman untukku
aku makhlukMu yang bergelimang dosa
namun setitik asa kurapalkan dalam doa
kepadaMu, ya Maha Pengampun,
kuserahkan sisa nafasku.


kata kata sumpah padamu wahai anak!
doa dan rintihan ibu mu,
memanggil mu,tetapi kau abaikan dia.
lahanat lah hidup kau!
sekarang inilah aku,
amarahku datang
bagai gemuruh badai
menghantam, menebas,
menggilas,
siapakah kamu yang coba menghadangku ?
apakah norma sehingga itu melarangku ?
moga nestapa lah
hidupmu meninggalkan
ibu yang melarat sedemikian rupa!

hanyut seketika menahan amarahku,
aku tersedar melihat si dia berlalu pergi.
hilang di celah2 orang ramai.
lalu ku beredar sambil
seribu tanda tanya bermain di benakku.
melihat kan keadaanya tadi,
aku sebenarnya merindukan
arwah nenda ku yang sudah lama pergi.
terpanggil aku untuk menulis entri ini.
moga-moga di buka kan hati KAU KAU yang membaca.
Insyallah.



2 comments:

  1. entry y wat aku terdiam n xterkata...
    huhu...

    well done pilot!
    entry terbaik aku pernah baca

    ReplyDelete