Saturday, September 24, 2011

Lalai


Sedang diburu sunyi..
Keseorangan dirumah..
Selepas berbulan-bulan bersuka..
Aku melalui Rejab,Ramadhan..
Seterusnya Syawal..
Sungguhpun masih dibulan kemenangan..
Hatiku binggung..
Tentang apa?
Tentang mati.
Ya mati.
Kau dah kenapa? Tekedu?


Ini ceritanya..
Berkali-kali berita ajal menimpa manusia,
Sisip masuk ke telinga..
Baik di laman media, atau apa saja..
Malapetaka..
Penyakit bahaya..


Binggung memikirkan..
Apa yang dijanjikanNya untuk kita nanti?
Yang masih bernyawa..
Menunggu giliran tuk ketemuNya..
Sendiriku di bangku luar..
Melihat awan terang..
Lantas air suci menitis lagi!
Zuhur masih sempat..
Walaupun sebentar sahaja lagi,
Asar pula mengambil tempat...
Lalai!
Lalai..
Leka..
Urusan dunia yang tak pernah habis..
Sentiasa ada sahaja yang hendak dibuat..
Sehingga leka pada Zat yang kuasa..
Aduh!
Berapa gunung dosa yang aku bina?
Berapa pula pahala yang ku terima?


Ku pandang..
Pohon merimbun dihadapan mata..
Alangkah bodoh termenung mengingatkan,
andai kata ditanam bawah pokok merendang,
pasti sejuk dibawah sana...
Tanah menjadi subur..
Allahuakbar!
Tidak! 
Walau dibawah rimbun serendang mana
Kau dipusara,
Walau sesubur mana tanah ditimpa,
walau semahal mana kafan ditutup,
Tidak memberi makna.


Bahang luar buat ku bangkit..
Kembali kedalam..


Mungkin tidak terkesan pada dikau..
Seringkas ini..
Untuk berkongsi..
Mana mungkin..
Sekadar tulisan cela ini..
Dapat membuka dada..
Alah..
Mengada-ngadalah..
Ya, semua mati.. 
Biarlah..
Ke neraka, nerakalah.
Ke syurga, Alhamdulillah.
Jumpa disanalah..


Sekadar pesanan yang ikhlas..
Aku bercerita untuk aku.. 
Tuk sentiasa mengingati mati..
Ku ajak kau turut sama..
Semua akan mati..
Kita dibuai bahagia dunia..
Yang sementara pastinya..
Ingatlah sejenak.....
Walau sejenak..
Kita pasti akan menemuinya kelak..
Saat itu tidak ada guna..
Ingatkan aku!
Mati..
Kita pasti mati!
Tunjukkanlah aku jalan perubahan
kearah kebaikan..
Andai kau sahabat..
Aku masih leka!
Ingatkan aku!


Ingat..
Tidak pula ia cepat,
Tidak pula ia lambat,
Walau sesaat,
walau sekilas,
Pasti datang.
Menjemput roh pulang..
Leka dibuai lena,
Bergelak ketawa..
Sampai nanti ia menyapa..
Baru tersedar ia sudah datang..
Semoga kita tergolong dikalangan orang yang bahagia
Di dunia..
Dan di sana..
Amin..

Sunday, June 26, 2011

Booyaaa!

 


Hey guys! This is my new looks.
Its such a long time, since I left this blog. 
So i currently busying with my life, my studies and lotsa stuffs. :l
Thousand apologies from me, but this is not ending for you to keep following my blog.
I'm highly appreciated to those who still read my older post. 
Well, this time I wrote in English, though it still lack here and there
but Insyallah, I hope you still can understand right? :) Lol. 
Don't worry guys, all your posts I managed to read and it's kinda interesting to 
know all your post cause I cant be like you. 
An inspirational stories about what happened around you.
Before I went without any directions, I just want to know soon Insyallah I'll post 
some stories to share with all you guys! :)
By the way, just to let you know about why I'm becoming 'baldy', cause there's alot people
asking me why am I cut  my hair this way,
there's no significance why I'm doing this. Its just, I got messed with my long hair.
Yes it does! I don't know how to make it work every time I wanna go out, or going classes
So Ive decided that this time, its better without 'unstyle'. Let it flow how it want. :P
Plus i can save my time!Lol.
So, till then. I pray to all of you. May Allah Blessed you always. :) 

Best regards.
Assalamualaikum :)






Tuesday, March 22, 2011

Roda Dunia.


Sekadar roda yang usang,
Berpusing menggila dijalanan..
Lubang dalam..
Jalanan rata..
Sudah di lalui..
Apa yang kau renungkan..?
Masih tidak mengerti seperti sebelum-sebelumnya...?

Mudah..
Dugaan..
Cabaran..
Kegembiraan..
Adalah dalam pusingan roda yang sama..

Yang pasti,
Aku,
Kau..dan kita masih lagi sendiri..

Berada di roda ini..!
Usah sebut pasal dugaan..
Masakan kau diluar sana..
Lurus saja jalannya dalam kehidupan?
Terlintaskah di kepala hotak kau..
Ungkapan roda-roda perjalanan kehidupan manusia?
Ya,
Aku pasti kau biasa mendengar kata-kata begitu bukan..?

Sementara roda itu sedang berputar,
Kita leka..
Apabila roda itu sudah berhenti..
Kita mencungap..
Selepas penat mengejar..
Supaya sentiasa berada di paksi yang atas..
Padahal kita lupa..
Selaju mana kita mengejar..
Pasti kita berhenti..
Mengisi kudrat-kudrat semula..
Supaya senantiasa berada di atas..
Dapat melihat dunia..
Dengan kaca mata sekecil manusia..

Nah,
Sekarang aku tidak tahu di mana aku berada.
Di tengahkah,
Di bawahkah..
Yang pasti aku masih berada di bawah bumbung
Awan yang sama...

Hilang tujuan?
Di sebabkan keseorangan?
Tuhankan ada!
Siapa kata aku lupakanNYA?
Aku bercakap sesama manusia.
Setuju atau tidak..
Aku menyamakan..
Aku..
Kau..
dan Mereka semua..
Tak kurang seperti penagih..
Mengharapkan makanan syaitan..
Berada dijalanan kelam..
Seperti berada terbang di awangan..

Kau menidakkan realiti?
Kau menuduh aku pula yang gila!
Putarkan kepala mu pada sisi lain..
Tidak guna berlindung di balik hujan,
Sedangkan awan terbentang luas
Supaya kau dapat perhatikan..
Apa yang aku maksudkan..

Kau Menagih Cinta si dia..
Dia Ditagih Cinta..
Yang mereka sibuk menagih Cinta si dia.

Sekarang kau menundukkan kepala tanda setuju?
Atau kau masih berteka teki..
Di kondisi mana kau berada.?
Paling tidak kau pernah merasai kedua-duanya..
Menagih..
Ditagih..


Hey kawan!
Percuma sahaja kau berselindung muka..
Kau tahu kau siapa..
Kau tahu apa yang kau lakukan..
Siapa yang kau tagihkan?
Berbalas?
Yang di tagih pula..
Kau selesa berasa ditagih?
Si mereka..
Berebut-berebut menjadi penagih?

Kepada si penagih..
Kau begitu ingin si dia..
Andai dia tak suka..
Apalagi yang kau perlu lakukan?
Berbomoh puja segala?
Berhabis duit mendapatkan balasan cinta?
Atau kau rela dipijak di atas muka?
Aku rasa kau lebih bagus dari itu..
Mulakan hidup baru..
Berhenti menagih cinta yang tak pasti..
Pasti ada hikmah yang tersembunyi..
Begitu senang dengan kata-kata ya?

Hey kawan!
Aku juga pernah berada di keadaan yang sama..
Hilang arah, hilang punca..
Seperti hidup ini hanya Dia..
Percuma segala..
Biarkan orang kata ayat kecewa.
Biarkan orang melekeh kau seorang yang kalah..
Lagi hina hidupmu sentiasa berbalah..
Kau manusia hebat andai bisa..
Berhenti menagih..

Dia yang di tagih cinta..
Mungkin kau tidak pernah menyukai dia..
Mungkin kau juga ada yang satunya..
Disebabkan itu kau ditagih orang yang kedua..
Atau mungkin juga kau membiarkan dirimu ditagih..
Pesanku..
Jangan beri harapan palsu..
Bersulamkan kata-kata madu..
Kerna kau pasti menyakiti dia yang
Menagih..

Si mereka..
Dek kerana mengejar orang yang sama..
Berebut memenangi cinta..
Sudahlah menagih..
Muncul orang kedua untuk menagih..
Pesanku..
Fikir mana baiknya..
Kau rasa kau lebih berhak memiliki dia..
Kau lebih bagus dari yang kedua..
Andai ada peluang terbuka lebih luas untuk kau..
Kejarlah ia..
Andai tidak..
Kembali la ke titik asal..

Ingat!
Ada masa roda berputar!

Sentiasa fikir jika kau berada di kondisi yang sama..
Kau di bawah..
Kau di atas..
Kau penagih..
Kau di tagih..
Mereka yang menagih..

Malam sudah pagi..
Pagi dinihari..
Kau baca di siang buta,
Mahupun di malam hari..
Yang aku seperti penagih mencari roda..
Bermata sembab di kemudian hari..
Selepas mengisi kesumat hati..

Begitulah..roda dunia..

Salam kerinduan......

Monday, February 14, 2011

Terlupa si pelupa.

Terlalu lama...
Masa berlalu pergi...
Terlalu cukup sudah...
Jangan ditangisi....

Kadang-kadang dia lupa....
Dia ingat ini hanya cerita dia..
Sedangkan ada mata-mata yang memerhati..
Bukan itu sahaja...
Kadang-kadang dia lupa...
Masih ada yang menghargai...


Aku....
Aku manusia biasa..
Sibuk melayan karenah diri...
Kadang-kadang...
Bosan..
Ngantuk...
Bebal hendak mengemaskini sesawang ini...
Aku terfikir tiap kali...
Cerita disini bukan cerita aku sahaja..
Cerita kita semua..
Tentang aku..
Kau..
Mereka...

Dia dan semua....
Yang selalu menjenguk kesini...

Andai dapat aku tontonkan..
Aku perlihatkan di alam maya ini...
Sudah pasti aku berkongsi..
Pasti senang kau dan mereka untuk memahami...

Kini..
Sudah lama tiada khabar berita..
Sesawang ini sepi..
Mungkin lebih banyak sawang-sawangnya..
Iyalah..
Bukan cerita aku  sahaja..
Cerita tengtang hidup KITA...
Tentang kehidupan..

Ada yang menjeling kekiri..
Mana katanya hendak dipadam sesawang ini?
Aku mungkir janji?
Atau aku ini seorang yang menagih simpati?

Beginilah...
Tahap manusia bodohnya apabila dia sedang beremosi..
Semua kata-katanya..
Begitu senang di ungkap..
Tanpa memikir di kemudian hari...

Tapi..
Dia.
Mereka..
dan Kau sendiri juga..
Selalu mengingatkan aku..
Memarahi aku..
Mendesak aku..
Untuk bercerita..
Tentang KITA semua di sini...

Aku gagahkan malam yang gelap..
Selepas tidak lena mata..
Mengemaskini..
Apa yang terbantut..
Apa yang tinggal..
Apa yang terlupa..
Biarlah...
Teruskan bercerita..
Menulis tentang KITA!
Ya..

Mungkihkah si Jauhari 
Terlalu sayang kepada
Dia..
Kau..
dan Mereka..?
Terjawabkah episod demi episod yang
menjelang kelak?
Kita sama-sama lihat..
Semoga bergembira..
Dari si pelupa..


Dengan penuh kerinduan...

Friday, February 4, 2011

Aduh.



Kalau saya DELETE blog ni boleh tak?

Tension la!! 

Friday, December 31, 2010

selangkah terhenti.



disangkakan waktu bagai nan dulu..
seperti air yang deras mengalir..
tanpa hujung pangkal saat ia akan terhenti..

bila bermenung..
terlalu banyak yang di renung..
bila berbicara..
seperti dikunci dari dalam..
bila berduka...
mereka bertanya kenapa?
yang ku tahu mereka hanya ada mulut cilaka..

bila aku kata aku cinta...
mereka tertawa..
mereka kata aku gila..
kau bukan kaki bercinta..
kau kaki perahsia..
cinta bukan senang nak dipegang..
bila di pegang bak kaca jatuh berderai..
tak usah kata kau cinta..
sedangkan kau selalu di permain cinta..

bila aku kata aku sayang..
orang yang ku sayang hilang tah kemana..
bila aku kata aku benci..
ramai pula lalat yang menghurungi..
memberi simpati..
katanya..
ingin menemani,menyedapkan hati..
tapi ku rasa..
mereka..
hanya mengambil kesempatan..
dengan pujuk rayuan..

inderaku bukan luar biasa..
bisa mencari kau ke penghujung dunia..
tanpa sedikit jejak..
tanpa tinggalkan sedikit kesan..
diam seribu tawa..
apakan daya..
andai ku punya indera luar biasa..
kau bisa sahaja ku jengah di mana sahaja..

hati kata dia bukan orangnya..
otak kata dia baik orangnya..
kawan-kawan tidak berkata..
inikan rahsia..
bila aku kata jangan..
dia tidak pula pekak tuli telinganya..
bila aku kata ya..
bisa sahaja dia gembira..
cuma mungkin ada sesuatu menimpa..


aduhai..
aku bosan menunggu..
aku bosan menjadi dunggu..
dunggu dek cinta..
jangankan ini yang kali kedua..
kecewa dengan sesetengah sikap manusia..
perangai yang buat aku sakit...
disuruh ini dikata malas,
menyuruh pula harus segera dibalas..
biarlah..
sesaat ini langkah aku terhenti seketika..
mungkin besok..
lusa..
langkah akan seperti biasa..
saat..

Ketika Cinta Memanggil semula..



Sunday, December 5, 2010

Pengembaraan Bermula.

Kulangkahkan kakiku, 
Jalani ini..
Dalam terpaan badai,
Gelapnya hari..
Tak tahu bagaimana cerita ini,
Akan berujung nanti..
Aku tak tahu..
Selama darahku masih mengalir di nadi..
Selama itu pula aku akan bernyanyi..
Tiap persinggahan ada ribuan kenangan..
Perjalanan ini tak akan pernah tergantikan



2010 tidak lama lagi..
bakal ke penghujungnya..
semua cerita yang sempat di coret..
yang sempat dijaja...
yang sempat dicerita..
dijadikan kenangan..
harapan menggunung..
bagi mereka yang berkunjung..
terus singgah disini..
budimu ku sanjung..
ada positifnya komentar yang diberi..
paling tidak ada yang mengeji..
biarlah..
teruskan mengulatkan hati..

hey kawan!
tulisan ku tidak seberapa..
laman ku ini tidak secantik rupa..
sesawang anda yang indah..
penuh warna bunga-bunga..
semuanya sempurna..
tapi kau juga sama..
sama seperti aku..
cuba sebaik mungkin..
menarik perhatian sekeliling..
supaya dapat melepaskan runsing..
atau apa sahaja..
tapi aku..
inilah kata hatiku..
membuku dibiarkan..
pasti sakit.
pasti lemas..
akhirnya..
sinilah kucurahkan segalanya..
seperti melempiaskan nafsu..

kau juga menantikannya bukan?
menikmati kata-katanya bukan?
apa aku silap?
apa aku perasan?
buanglah sikap-sikap iri hati..
jauhkan hasad dengki..
kerna kau lebih baik dari itu..
lumrah dunia..
masing-masing menunggu kiamat..
semakin itu manusia jadi lahanat..
masanya akan menjelang tiba..
mentaliti masyarakat kita..
perlukan perubahan..

cerita aku..
si anak muda..
yang masih bertatih jalannya..
perlu di pimpin oleh orang tua..
aku tanpa kau,mereka,dan dia..
apalah adanya..
seandainya..
tangan ini sudah letih..
ianya akan berhenti sendiri daripada bercerita..

pengembaraan bermula..
mencari-cari apa yang tiada...
tuk memuaskan hati..
tuk menyendiri..
yang tentunya belum pasti..
kau berpuas hati apa yang ada?
jangan bohong!
cinta harta kuasa..
bukan selamanya ada..
mungkin hilang sekelip mata..

orang kata kita banyak berdosa..
hingga tidak tenteram jiwa raga..
yelah..
tahun ini sahaja..
kerap kali terjadinya peristiwa yang
bisa saja aku kembali kepadaNya..
benar!
aku bukannya imam..
mahupun ahli surau berqiamulail setiap malam..
solatku masih tonggang langgang..
sebangsat-bangsat manusia..
pasti ada secebis iman..
untuk kembali ke jalanNya..
maksudku..
setidak-tidaknya sedar kesalahan diri..
bukan pada manusia..
pada Ilahi..

hey kawan!
pengembaraan kita masih jauh..
masih kabur..
tidak tahu apa jadi..
hari ini,besok atau lusa..
kau sudah bersedia?
atau kau masih terpinga-pinga?
mulakan pengembaraan..
perkasakan iman..
mantapkan minda..
selamat mengembara!

















Friday, November 26, 2010

.Akulah Si Pemerhati Hujan!.


pagi tadi seperti biasa..
cuaca cerah..
semalaman hujan menguruh badai..
menangis teresak-esak..
entah tengahari..
seronok pula aku dibuai lena..
petangnya ini..
melayan perasaan seketika selepas..
memerah keringat..
menjemur diampaian..
lalu ke sini mencurahkan toksin-toksin..
yang lama terbuku..
selepas coretan yang lepas,
perasaan seakan-akan gembira..
kini ia bertukar kepada serius pula..
entah apa-apa..


alahai..
hujan berkunjung tiba semula..
awan gelap..
bedetik-detik menghentam
zink teratakku..
penyudahnya..
aku malas..
biarkan kain di jemuran..
baru sahaja disidai..
masakan mahu diangkat semula yang
basah tadi?
pedulikan.


Kini aku bosan..
duduk berseorangan..
menunggu hujan berhenti..
yang belum pasti..
untuk aku mengejar teksi..
tidak sanggup aku untuk berjalan kaki..
meniti hari-hari..
menunggu gerabak keretapi..
yang sudah tentunya
menuju ke destinasi yang jauh sekali..


Tekak ku haus..
perut ku lapar..
habis periuk ku punggah..
terlupa..
hanya nasi goreng sahaja yang ada..
ku termenung melihat hujan di
sisir tingkap,
terpandang langit yang begitu gelap..
sampai burung menyorokkan sayap..
membuatkan mata-mata menjadi malap..


sedang aku menjamah..
sambil mengenggam secawan milo..
fikiran ku melayang..
memikirkan hujan tadi..
mengeluarkan titis air..
menghemburkan angin..
memekikkan guruh..
seperti ia seakan-akan memerli aku..


mengapa?
andai sudah reda semuanya..
mentari pula akan menyinar semula..
suasana damai..
suasana sepi..
suasana..
menjadi biasa..
seperti sediakala..
ye manusia akan menjadi biasa dengan
karenah hujan..
andai kata perasaan manusia..
ibarat hujan..
sedih,gembira,marah,takut..
ia akan menjadi biasa sesudahnya..
terbiasa dan tiada beza..
seperti tiada apa-apa..
kosong..
sama seperti pinggan ku yang sudah kosong di
kaut-kaut..
sampai leka mengisi perutku..
yang tadinya berkeroncong..


kakiku terus menuju ke dapur..
sedang aku melangkah..
aku sempat melihat cermin..
seperti biasa..
terpampang..
rambut tebal yang kusut..
badan yang kurus..
dengan muka yang pucat..
itulah aku..
fikiran aku melayang..
hujan terus menerus mencurah..
merunsingkan segelintir mereka..
untuk keluar bersuka ria..
membuat maksiat segala..


maksud aku..
kenapa kita mengeluh tatkala hujan?
orang kata "hujan rahmat"..
tapi jauh dilubuk hati mereka..
sekadar menyedapkan hati mereka..
pakaian mahal-mahal mereka..
sudah siap segak bercelana..
bersampin atau kebaya..
tiba-tiba..
hujan mencurah pula..




ku tinggalkan tanda tanya..
terpandang cermin disisiku..
kembali mengamati cermin..
andai kata..
ada cermin sakti seperti dalam dongeng..
cermin yang boleh mencerminkan siapa kita..
Jangan disalah sangka..
aku bukan inginkan cermin..
yang memperbodohkan diri..
membanding-bandingkan manusia..
mencetuskan porak poranda..
Tapi..
cermin yang boleh menunjukkan..
siapa diri kita yang sebenarnya..
supaya tiada istilah 'propa'..


Manusia kini..
lupa tuk melihat diri sendiri..
tapi suka..
melihat kekurangan orang lain..
tuk mengutuk..
tuk mengeji..
Dia boleh buat apa saja..
tapi bila kita buat yang sama?
kita..
disalahkan..
kita dipertikaikan..
Kerana..
manusia melihat cermin..
tuk memperbaiki cacat cela rupa..
untuk kecantikan luaran..
yang kekal tuk seketika..
Bukannya tuk menilai diri..
dan perangai sendiri..
keburukan..
dan kecacatan hati,tuk dibaiki..
tuk cuba dijaga rapi..
hujan membuka mataku
walaupun tuk seketika..
melihat cermin..
melihat hatiku yang kini juga berhujan..
mungkin..
dan selepas ini..
akan menjadi biasa..
sama seperti mereka di luar sana..


dari aku si pemerhati hujan!

Thursday, November 11, 2010

Di hujung Oktober bermula November.

hati ini tergerak untuk menulis.
kita bertemu lagi pembaca-pembaca sekalian.
hehe.
dimana ya hendak dimulakan?
oh begini,
peperiksaan saya pun hampir ke penghujungnya.
sudah semestinya gembira,
bergelak ketawa.
yang sayangnya,
akan berpisah dengan sekalian teman,
untuk tempoh masa yang mungkin jugak lama.
alahai,
mesti 'bosan' dirumah nanti.
tidak mengapa.
ratu rumah mesti sudah menyiapkan kertas-kertas kerja
untuk saya.
melakukan itu ini untuk menolongnya.
haha.saya tidak pernah berkira,malahan
sememangnya,saya senang melakukanya.
kerja apa? rahsia.
anda mungkin ketawa,jika saya memberitahunya.
heee.bagaimana pula anda? bagaimana peperiksaan?
insyallah,saya mendoakan anda mendapat keputusan yang
baik mudah-mudahan.Amin.:)

oh apa lagi ya?
saya bahagia? mungkin juga ya.
mungkin juga tidak.
pada perapat yang sudah mengecapi kebahagian,
sekalung tahniah.
jangan dipersia-siakan orang yang tersayang.
jaga hatinya, hormat sesama manusia,tolak ansur juga penting,
yang pasti , jujur dalam semua benda.
saya bukan la doktor cinta,
tetapi berdasarkan pengalaman yang lalu.
hehe.
kepada perapat-perapat yang lain,
mungkin ada hikmahnya.
lebih memahami hati budi sesama kita,
tahu di mana kelemahan kita.
saya bukan manusia kebal dari dosa-dosa,
tetapi cuba memperbaiki semua.
mungkin hampa.
langkah terbaik hanya diam sahaja.

si dia,
kelam kabut di buatnya.
saya yang sabar sentiasa,
kadangkala atau mungkin
ini sudah sampai kemuncaknya.
bukan perubahan yang di inginkan,
cuma sedikit kesedaran di atas teguran.
jika jalan yang dipilih untuk berubah,
mungkin juga 'protes' di atas sedikit permintaan
dari saya,
teruskanlah.saya tidak memaksa.
dinding kebal yang dibina,
tak kan mudah runtuh dek hanya
sedikit jentikan dari saya.
gurauan,sindiran dan cabaran.
saya tidak mengemarinya langsung.
inilah sensitivi manusia.
mungkin juga saya seorang.
mungkin juga penyakit 'keras hati'
sudah berjangkit pada saya.


alahai,
kita beralih tajuk lain.
hehehe.
saya juga ingin mengucapkan syukur
ke hadrat Ilahi,setelah
berhempas pulas menghabiskan semester ke 3
dengan jayanya.
hehe.mudah-mudahan keputusan baik-baik hendaknya.
doakan juga ya!
di kesempatan ini,
saya ingin mengucapkan
'Selamat Hari Raya AidilAdha'
yang bakal menjelang tidak lama lagi
kepada semua pembaca sesawang saya ini.
jaga diri ya!