Sedang diburu sunyi..
Keseorangan dirumah..
Selepas berbulan-bulan bersuka..
Aku melalui Rejab,Ramadhan..
Seterusnya Syawal..
Sungguhpun masih dibulan kemenangan..
Hatiku binggung..
Tentang apa?
Tentang mati.
Ya mati.
Kau dah kenapa? Tekedu?
Ini ceritanya..
Berkali-kali berita ajal menimpa manusia,
Sisip masuk ke telinga..
Baik di laman media, atau apa saja..
Malapetaka..
Penyakit bahaya..
Binggung memikirkan..
Apa yang dijanjikanNya untuk kita nanti?
Yang masih bernyawa..
Menunggu giliran tuk ketemuNya..
Sendiriku di bangku luar..
Melihat awan terang..
Lantas air suci menitis lagi!
Zuhur masih sempat..
Walaupun sebentar sahaja lagi,
Asar pula mengambil tempat...
Lalai!
Lalai..
Leka..
Urusan dunia yang tak pernah habis..
Sentiasa ada sahaja yang hendak dibuat..
Sehingga leka pada Zat yang kuasa..
Aduh!
Berapa gunung dosa yang aku bina?
Berapa pula pahala yang ku terima?
Ku pandang..
Pohon merimbun dihadapan mata..
Alangkah bodoh termenung mengingatkan,
andai kata ditanam bawah pokok merendang,
pasti sejuk dibawah sana...
Tanah menjadi subur..
Allahuakbar!
Tidak!
Walau dibawah rimbun serendang mana
Kau dipusara,
Walau sesubur mana tanah ditimpa,
walau semahal mana kafan ditutup,
Tidak memberi makna.
Bahang luar buat ku bangkit..
Kembali kedalam..
Mungkin tidak terkesan pada dikau..
Seringkas ini..
Untuk berkongsi..
Mana mungkin..
Sekadar tulisan cela ini..
Dapat membuka dada..
Alah..
Mengada-ngadalah..
Ya, semua mati..
Biarlah..
Ke neraka, nerakalah.
Ke syurga, Alhamdulillah.
Jumpa disanalah..
Sekadar pesanan yang ikhlas..
Aku bercerita untuk aku..
Tuk sentiasa mengingati mati..
Ku ajak kau turut sama..
Semua akan mati..
Kita dibuai bahagia dunia..
Yang sementara pastinya..
Ingatlah sejenak.....
Walau sejenak..
Kita pasti akan menemuinya kelak..
Saat itu tidak ada guna..
Ingatkan aku!
Mati..
Kita pasti mati!
Tunjukkanlah aku jalan perubahan
kearah kebaikan..
Andai kau sahabat..
Aku masih leka!
Ingatkan aku!
Ingat..
Tidak pula ia cepat,
Tidak pula ia lambat,
Walau sesaat,
walau sekilas,
Pasti datang.
Menjemput roh pulang..
Leka dibuai lena,
Bergelak ketawa..
Sampai nanti ia menyapa..
Baru tersedar ia sudah datang..
Semoga kita tergolong dikalangan orang yang bahagia
Di dunia..
Dan di sana..
Amin..