Tuesday, March 22, 2011

Roda Dunia.


Sekadar roda yang usang,
Berpusing menggila dijalanan..
Lubang dalam..
Jalanan rata..
Sudah di lalui..
Apa yang kau renungkan..?
Masih tidak mengerti seperti sebelum-sebelumnya...?

Mudah..
Dugaan..
Cabaran..
Kegembiraan..
Adalah dalam pusingan roda yang sama..

Yang pasti,
Aku,
Kau..dan kita masih lagi sendiri..

Berada di roda ini..!
Usah sebut pasal dugaan..
Masakan kau diluar sana..
Lurus saja jalannya dalam kehidupan?
Terlintaskah di kepala hotak kau..
Ungkapan roda-roda perjalanan kehidupan manusia?
Ya,
Aku pasti kau biasa mendengar kata-kata begitu bukan..?

Sementara roda itu sedang berputar,
Kita leka..
Apabila roda itu sudah berhenti..
Kita mencungap..
Selepas penat mengejar..
Supaya sentiasa berada di paksi yang atas..
Padahal kita lupa..
Selaju mana kita mengejar..
Pasti kita berhenti..
Mengisi kudrat-kudrat semula..
Supaya senantiasa berada di atas..
Dapat melihat dunia..
Dengan kaca mata sekecil manusia..

Nah,
Sekarang aku tidak tahu di mana aku berada.
Di tengahkah,
Di bawahkah..
Yang pasti aku masih berada di bawah bumbung
Awan yang sama...

Hilang tujuan?
Di sebabkan keseorangan?
Tuhankan ada!
Siapa kata aku lupakanNYA?
Aku bercakap sesama manusia.
Setuju atau tidak..
Aku menyamakan..
Aku..
Kau..
dan Mereka semua..
Tak kurang seperti penagih..
Mengharapkan makanan syaitan..
Berada dijalanan kelam..
Seperti berada terbang di awangan..

Kau menidakkan realiti?
Kau menuduh aku pula yang gila!
Putarkan kepala mu pada sisi lain..
Tidak guna berlindung di balik hujan,
Sedangkan awan terbentang luas
Supaya kau dapat perhatikan..
Apa yang aku maksudkan..

Kau Menagih Cinta si dia..
Dia Ditagih Cinta..
Yang mereka sibuk menagih Cinta si dia.

Sekarang kau menundukkan kepala tanda setuju?
Atau kau masih berteka teki..
Di kondisi mana kau berada.?
Paling tidak kau pernah merasai kedua-duanya..
Menagih..
Ditagih..


Hey kawan!
Percuma sahaja kau berselindung muka..
Kau tahu kau siapa..
Kau tahu apa yang kau lakukan..
Siapa yang kau tagihkan?
Berbalas?
Yang di tagih pula..
Kau selesa berasa ditagih?
Si mereka..
Berebut-berebut menjadi penagih?

Kepada si penagih..
Kau begitu ingin si dia..
Andai dia tak suka..
Apalagi yang kau perlu lakukan?
Berbomoh puja segala?
Berhabis duit mendapatkan balasan cinta?
Atau kau rela dipijak di atas muka?
Aku rasa kau lebih bagus dari itu..
Mulakan hidup baru..
Berhenti menagih cinta yang tak pasti..
Pasti ada hikmah yang tersembunyi..
Begitu senang dengan kata-kata ya?

Hey kawan!
Aku juga pernah berada di keadaan yang sama..
Hilang arah, hilang punca..
Seperti hidup ini hanya Dia..
Percuma segala..
Biarkan orang kata ayat kecewa.
Biarkan orang melekeh kau seorang yang kalah..
Lagi hina hidupmu sentiasa berbalah..
Kau manusia hebat andai bisa..
Berhenti menagih..

Dia yang di tagih cinta..
Mungkin kau tidak pernah menyukai dia..
Mungkin kau juga ada yang satunya..
Disebabkan itu kau ditagih orang yang kedua..
Atau mungkin juga kau membiarkan dirimu ditagih..
Pesanku..
Jangan beri harapan palsu..
Bersulamkan kata-kata madu..
Kerna kau pasti menyakiti dia yang
Menagih..

Si mereka..
Dek kerana mengejar orang yang sama..
Berebut memenangi cinta..
Sudahlah menagih..
Muncul orang kedua untuk menagih..
Pesanku..
Fikir mana baiknya..
Kau rasa kau lebih berhak memiliki dia..
Kau lebih bagus dari yang kedua..
Andai ada peluang terbuka lebih luas untuk kau..
Kejarlah ia..
Andai tidak..
Kembali la ke titik asal..

Ingat!
Ada masa roda berputar!

Sentiasa fikir jika kau berada di kondisi yang sama..
Kau di bawah..
Kau di atas..
Kau penagih..
Kau di tagih..
Mereka yang menagih..

Malam sudah pagi..
Pagi dinihari..
Kau baca di siang buta,
Mahupun di malam hari..
Yang aku seperti penagih mencari roda..
Bermata sembab di kemudian hari..
Selepas mengisi kesumat hati..

Begitulah..roda dunia..

Salam kerinduan......