Tuesday, July 13, 2010

ceritaku yang bukan cerita.



lama..
sudah lama sesawang ini tiada cerita.
bosan aku terkesan.
malas menjadi rimas.
malas sungguh nak mengarang,
bercerita, bermadah pujangga.
sampai anda-anda semua jengkel
menjadi jingga.
jiwang karat,
mengarut pabila mengarang,
entah apa yang ingin disampaikan
manusia ini,
mungkin itu panggilan yang anda fikirkan
kepadaku.
aku katakan,

TERPULANG.

saudara saudari sekalian
yang sudi memjengah ke sesawang ini.
jutaan terima kasih.
tidak dijaja sana sini sesawang ini,
sekadar berkongsi hal itu dan ini.
dan tentang aku.

laman sesawang anda?
maaf, maaf dan maaf.
belum berkesempatan berbakti semula.
dikemudian hari nanti akan
ku jengah jua.
sabar ya?


hari ini..
malam ini,
aku tidak tahu apa nak di karang,
di atas katil,
seorang diri bertemankan senaskah buku di sisi.
ya!
aku sudah mula belajar semula.
ku kuatkan azam untuk menjadi ulat buku.
gelaklah dan tertawalah.
sememangnya tidak akan ku endah.
semester lepas penuh rintangan dilalui,
dan tidak mencapai apa yang ku hajatkan.
entahlah.
bermain dan bermain serta bermain.
akan ku usaha apa yang boleh
mendapat terbaik semester ini.

jauh..
semakin jauh dan lama tanpa khabar berita,
hendak di tegur,
sememangnya sibuk barangkali.
tidak mengapalah
aku cekalkan hati,
semoga apa yang di janji tidak hilang.
aku boleh katakan
aku kini sememangnya sendirian.
tiada lagi getar telifon,
tiada lagi suara
tiada lagi.
tidak mengapa,
aku memberi ruang kebebasan,
tidak mahu dikatakan
pengongkong.

cuma..
kadang-kadang,
aku takut terhakis dan
banyak lalat-lalat
yang menghampiri cuba mengikis.
menghampirinya,menaburkan janji,
menaburkan cinta.
aku memerhati dan
kadang-kadang tersinggung.
sepertinya aku ini,
sekadar teman biasa.
aku kadang-kadang,
hanya mampu berdiamkan diri.
aku tidak simpan di dalam hati.
aku katakan,

TERPULANG.

lagi..
sekali lagi aku mengarut,
bebelkan apa yang tak patut.
tuk lelapkan mata,
tuk lena,
tidak mudah lagi.
entah apa yang di fikirkan
aku kurang pasti.
lagi sekali dan terakhir kali,
pada yang suka sesawang ini,
terukan membaca,
memahami isi perutku.
keroncong aku.
kepada yang menjeling kekiri,
meluat yang dah berkulat,
membaca sesawang ini tersekat-sekat,
jangan di tunggu lagi.
aku katakan,

TERPULANG.

semoga aku mencurahkan toksin-toksin otakku lagi di post yang akan datang.
INSYALLAH jika lagi bisa mengarang.