Thursday, May 27, 2010

.pandangan usang.


apa yang kau fikirkan?
adakah sama seperti yang ku fikirkan?
kau boleh ketawa,
kau boleh suka,
tapi ingat!
kau juga akan sama seperti dia.

bermulanya pada petang itu,
aku menjamu selera bersama yang lain.
di celah celah kebisingan warung,
terpandang pada penjuru jalan,
wanita yang hampir setengah abad usianya.
menghulur kesana kemari bekas
kepada yang lalu di hadapannya.
meminta wang untuk di buat belanja.
baju yang meliputi badannya tidak lah
secantik rupa, hanya compang-camping
untuk menutup urat2 tua.
hati ku bertanya,
dimanakah zuriatnya!
dimanakah warisnya!

hendak sahaja ku pergi kepada nya lalu
katakan
"nenek mahu ikut saya pulang?".
tapi apakan daya aku masih mempunyai
keluarga dan masih meneruskan cita2.
kepada siapakah dia hendak menagih simpati?
cukup kah makanannya?
dimanakah dia akan bermalam pada malam ini?

pada anaknya ku coretkan ini untuk mu,
dengarlah rintihan ibu mu ini.

anakku,
orang bilang kasihmu sepanjang masa
tapi mengapa yang kurasa
hanyalah sepanjang angan?
aku menjerit,
kau tidak pernah mendengar.
aku menangis,
kau tidak kunjung menghibur.
duniaku kejam,
aku bicara mereka mencibir
aku diam pun mereka menghina.
Ya Allahku,
inilah jalan hidupku,
kusedar makin dekat hari penghakiman untukku
aku makhlukMu yang bergelimang dosa
namun setitik asa kurapalkan dalam doa
kepadaMu, ya Maha Pengampun,
kuserahkan sisa nafasku.


kata kata sumpah padamu wahai anak!
doa dan rintihan ibu mu,
memanggil mu,tetapi kau abaikan dia.
lahanat lah hidup kau!
sekarang inilah aku,
amarahku datang
bagai gemuruh badai
menghantam, menebas,
menggilas,
siapakah kamu yang coba menghadangku ?
apakah norma sehingga itu melarangku ?
moga nestapa lah
hidupmu meninggalkan
ibu yang melarat sedemikian rupa!

hanyut seketika menahan amarahku,
aku tersedar melihat si dia berlalu pergi.
hilang di celah2 orang ramai.
lalu ku beredar sambil
seribu tanda tanya bermain di benakku.
melihat kan keadaanya tadi,
aku sebenarnya merindukan
arwah nenda ku yang sudah lama pergi.
terpanggil aku untuk menulis entri ini.
moga-moga di buka kan hati KAU KAU yang membaca.
Insyallah.



Saturday, May 22, 2010

.resmi padi.



mereka,
merpati dua sejoli.
penat lelah membesarkan kami.
setinggi tinggi kasih
kepadanya.
doaku sebagai pewaris
moga sehat sentiasa.

bonda tercinta bersama
puteri puterinya,
pembakar semangat
dan jasanya tidak terhingga.
hidup seratus tahun tidak
terganti untuk
membalas titik peluh nya
membesarkan kami.
wanita utama dalam hidupku.


kiri sebelum ku
kanan selepas ku.
kedua dua tawa tangis ku.
masing masing sudah berada di jalan
mereka.
semoga berbahagia dan menabur bakti
pada yang tua.
mudah mudahan kita berjaya.

adjie miskiman.
keras di luar lembut di dalam.
sangat penyayag katanya.
perapat yang baik.
tidak berkira walau segunung
beban di atas bahunya.
terima kasih tak terhingga
menjujung kasih pada perapat semua.

rul
manis orangnya,
kacak bergaya,
idaman dara.
ilmunya tinggi di dada.
ku minta tunjuk ajar padanya sentiasa.
jgn kita ber PUTUS sahabat
walau apa jua.
tunggu ku di mercu kejayaan
bersama menjulang nama MAlAYSIA.

farah ribena
tawanya penghias hari,
ceria sentiasa moto dan visinya.
pada yang berada bersama,
jangan khuatir tiada yang mengundang
nestapa.
tidak lokek dengan apa yang ada,
peramah sentiasa dengan lagaknya.
pada si dia,
moga sentiasa berbahagia.

nurul arifah
makin berjauhan
masih meninggalkan kesan.
masih berhubung.yang pasti masih.
tanda tanya?
dia sudah berpunya.
cuma kadang kadang rindu
datang menjelma.
semoga berbahagia.
kita masih berkawan.

mereka suka bersama.
aku juga.
sentiasa susah
sentiasa senang,
moga2 tidak lupa
satu sama lain.
berjanji semoga kita berusaha menghabiskan
pengajian di puncak gading ini.
pada yang dua,
pelamin pengikat mereka.

tunjang tunjang ku.
sudah sebantal,
sudah sekatil,
duka suka sentiasa bersama.
kekal berjanji bersahabat sentiasa,
moga aman hidup hendaknya.
terima kasih.

p/s : sila dengar lagu tersebut kerana anda lah tunjang saya.

.si dara J.




cerita si dara ini,
manis orangnya, kelakar pon kadangkala,
kulit mulus bak tepung gomak gamaknya.
kenapa di coretkan disini?
sebagai penghias semata-mata.
katanya namanya hanya seorang sahaja di MALAYSIA.
tidak percaya?
terpulang pada masing-masing.
perapat jauh dari alor setar, sudah berpunya!
lagaknya macam amoi menjual sayur di pasar raya.
sangat kelakar.
pada si dara, 'thanks miss J.kalau pasal cik bi tuh jage elok elok ok.'
lagu ini untuk anda.dengar sambil berjoget tau.:)

Thursday, May 20, 2010

.my smile is yours.

everything seems quiet,
you've got your own way,
so am i,
but don't you know that
you're everything i have in this world?
its all about to get you.
fortunately things come to quiet.
THEY all asked.
THEY all talked.
i'm just pause for a moment as a season wet the sky.
neither you or i know what's the reason.
THEY,
that I assume friends,
no longer stick together like we used to be.
something arise,
but i don't know what it is.
big question mark surrounding
THEM.
i know YOU as readers really not understand what
i'm writing right now.
but YOU should know is
everything
going wrong somewhere.
whether YOU is the problem
THEM might be or
ME as myself.
but it doesn't make my life to stop smiling.
cause YOU, THEM
is my smile.
THANKS.



p.s / my English maybe not good as you.but try to understand.i want to match with this song in this entry. i think it suits with me right now.:)

Monday, May 10, 2010

.saya yang 'tradisional'.


tak lapuk dek hujan
tak lekang dek panas.
itulah sinonimnya
budaya keTIMURAN
yang di bawa oleh keturunan kesultanan
MELAYU.
benar apabila
budaya ini dianggap kolot
kerana kemajuan teknologi masa kini.
tetapi tidak bagi pilot.
inilah khazanah Tanah Melayu
yang masih kekal.
adab,budaya dan tradisi
tidak akan terpisah selagi kita
menghargainya.
kalau di beri peluang
ingin sekali menarikan tarian
kebudayaan,
mendendangkan lagu tradisional.
apakan daya,
suara tak semerdu pungguk,
tarian tak lemah gemalai bak sutera.
hanya mampu berbangga
dari jauh.
semoga post kali ini
sedikit sebanyak membuka mata
MEREKA yang di luar sana.

"takkan melayu hilang di dunia"

.rahsia perahsia.


tersimpul simpul senyuman di ukirkan.
melihat mereka berpasangan.
sudah tertulis dari azali,
yang baik untuk yang terbaik.
maka janganlah di kau gusar memikirkan pasangan.
AKU seperti biasa.
menjalani hidup seperti dulu.
cerita dahulu?
usah di kenang pada yang hilang.
biarkan kenangan yang jadi simpulan ingatan.
MEREKA tentu tertanya?
DIA?
sekadar perapat seperti MEREKA.
kesal sesal tiada dalam hati.
begitulah suratan dari ilahi.
AKU lebih bergembira
sehingga ke hari ini.
mempunyai MEREKA yang
tiada tolok tandingnya.
AKU muak dikait ITU INI.
sudah sudah bercerita hal dalam kain
AKU!
mungkin aku perahsia tapi itulah AKU.
semoga MEREKA, DIA berbahagia.
AKU turut berbahagia.
sayangi AKU.
tuhan akan menyayangi KAU semua.

Thursday, May 6, 2010

.penghuni malam.


kalau malam tanpa gelap,
maka sinar terang takan datang.
begitu juga kalau malam tanpa
jembalang,
bagai kosong lorong tanpa yang menjalang.
seram malam,
runutan sepoi angin,
salakan binatang hitam
mengiringi mereka yang
berlegar legar tanpa keruan.
KAU gentar?
KAU seram?
AKU pun begitu.
bukan tujuan menegakkan ego
pura pura berani,
cuma seram ketika ini.
bukan di ganggu cuma perasaan
takut membelenggu,
takut fitrah manusia.
biar takbur membongkak dada.
beringat sebelum berkena.
manusia bila
tak kenal maka tak cinta.
KAU baca?
kuatkan iman,
AKU terkumat kamit surahan
al-Quran yang terlintas.
dek kerana mata tidak lena,
AKU kongsi bersama
MEREKA si penghuni malam.




Tuesday, May 4, 2010

.Dialah Di Hati.




entah pagi ini pilot runsing.
sampai fikiran pening.
melihat keadaan sekeliling yang kuning.
hati sepi terkenangkan sesuatu.
tidak
pilot tidak tahu.
mungkin orang yang satu?
tiba tiba muncul satu
gambaran di benak fikiran.
gambaran yang lama pilot lupakan.
semenjak berada di perantauan.
MAMA.
rupanya hati rindu dia.
pasti dia!
hati tidak tenteram,
jiwa muram mengenangkan rindu padanya.
DIA masih ada dan menjalankan kewajibannya.
cuma kita anak yang terkadang leka.
lupakan DIA!
selepas ini pilot akan menghubunginya.
mendengar dan merasakan kasih
walaupun jauh di mata.

Monday, May 3, 2010

.Pelancaran.


alhamdulillah
dengan berkat kesabaran
pilot dapat
mencipta satu laman sesawang sendiri
seperti mereka-mereka yang lain.
sudah lama hasrat hati ini untuk membuat laman sesawang ini.
dek waktu yang sesingkat ini
pilot akan mencoretkan apa sahaja
yang bisa
kita kongsi bersama .
mengenali satu sama lain,
berkongsi buah fikiran
dan pelbagai lagi.
sebagai mukadimah
setinggi
-tinggi perhargaan kepada anda yang
membantu dalam menyiapkan laman ini.
dengan lafaz
bismillahirahmannirahim
"jauhari sang timur"
dilancarkan.